Skip to main content

Magika Mimpi (Part 1)




“Ahhhh!”

Mimpi semalam datang lagi, mengganggu tidurnya. Elia bangkit duduk dengan nafas tercungap-cungap. Peluh kecil yang merinik di bahagian pelipisnya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

‘Astaghfirullah.’ Elia menarik nafas dalam-dalam sambil mengucap panjang. Kain selimut yang menutupi bahagian kakinya diselak. Anak matanya yang tadinya mengecut ketakutan menjadi tenang semula apabila jemari kakinya berjaya digerak-gerak. Tandanya dia tidak hilang upaya untuk berdiri serta berjalan.

Pintu biliknya ditolak dari luar dan figura ibu segera menerpanya yang masih kebingunan di tempat tidur. Wajah Nadia nyata risau. Dia melabuhkan punggung di sisi Elia.

“Elia okay? What’s wrong?” Dia menyoal sambil mengikat tali kardigannya di sekeliling pinggang.

Eksperi wajah Elia masih kosong. Dia cuba mengingati dan memahami mimpi yang sudah beberapa malam menghantuinya. “It... was a nightmare. The same nightmare.” Elia memandang terus ke wajah Nadia. “Mimpi tu datang, ulang perkara yang sama.”

Ya, semuanya sama. Kalau diminta untuk bercerita secara detail, mungkin dia boleh kerana perkara sama yang datang sejak seminggu ini dan dia sudah mampu hafal jalan cerita mimpi ngeri itu.

Uniform yang sama. Orang yang sama. Suasana yang sama. Perasaan yang sama!

Kelihatan Nadia mengetap rahangnya kemudian dia memaksa diri untuk senyum.

“Alright, Elia. It is not that I thought it was just a dream, bad dream. Of course, I knew it haunted you and I knew how it feels to have one.” Nadia berjeda seketika. “But, maybe it keeps coming because you keep thinking about it.”

Mata Elia tajam menusuk tepat ke arah mata Nadia dengan kening berkerut.

“Ibu. Elia tak fikir pun pasal mimpi ni. Everytime before I went into sleep, I tried to avoid from remembering every scenes by listening to some music but it was not that easy. Mimpi tu datang tak diundang. Can’t you understand my situation, ibu?” balasnya, cuba meluahkan rasanya yang bertentangan dengan pendapat Nadia. Dia menunduk kesal.

“Somehow, it feels familiar. Mula-mula, I also thought it was just a bad dream. But, the second time, third and afterwards, I felt like, something or someone is trying to tell me something. But the thing is, I don’t know what it is.”

Gulp. Nadia meneguk liur.

“Hmm, Elia. You know I love you, right? You re the only daughter and person that I have in my life. You are so special to me.” ujar Nadia sambil bahagian belakang kepala Elia diusap-usap perlahan. Elia sekadar membisu. “I’ll figure it out for you. But for now, take a deep rest and get some more sleep. Elia ada kelas esok, kan?”

Elia mengangguk malas. Sekolah. Aduh, lecehnya.

“Okay, goodnight. Call me if there is anything that you need, okay?” Nadia sudah bangun dari duduk. Dia kemudiannya berjalan menuju keluar bilik dan menutup pintu setelah mendengar sahutan dari Elia.

Okay, but seriously, betulkah mimpi itu sekadar mainan tidur dan syaitan merupakan dalang di sebaliknya?

                                                            <3

Suasana yang tadinya sunyi sahaja bertukar ribut apabila babah dan ibu keluar dari kamar mereka kemudian bertekak sesama sendiri. Raut wajah dua-duanya berkerut dan suara mereka saling meninggi. Babah dan ibu kelihatannya terlalu dalam dengan perasaan serta ego mereka, sehingga tidak sedar langsung bahawa dia sedang menggigil ketakutan di sebalik tembok dinding dapur.

Pang!

Elia yang mengintai dalam diam, terpempan apabila terlihat babah menampar wajah si ibu. Dia kemudiannya semakin terkejut sehingga mulutnya yang melongo ditekup dengan telapak tangan apabila tubuh ibunya ditolak kasar oleh babah.

Saat tubuh ibu tersungkur ke atas lantai, air matanya yang hangat tumpah bertalu-talu. Dia menangis sendirian tanpa sebarang bunyi esakan.

“Kau!”

Elia menarik lututnya rapat ke dada sambil menekup telinga. Dia tidak sanggup mendengar cacian kasar babah terhadap ibu.

Waktu itu, dia bersembunyi dengan harapan, ada seseorang menarik tubuhnya ke dalam pelukan serta menghentikan pertengkaran antara ibu dan babah.

Kring kring kring!

Loceng berbunyi tanda sesi kelas pertama sudah berakhir dan waktu rehat palajar menengah atas bermula.

“Makcik! Bangun! Tidur je kerja kau.” Elia tersedar dari tidur dan mengangkat wajahnya yang disembamkan ke atas permukaan meja apabila terasa ada botol plastik kosong diketuk-ketukkan di kepala.

Kelihatan Edrus tersengih dengan mimik tidak berdosa. Elia segera mencuka.

“Jom lah turun makan, princess.” Ujar Edrus yang berdiri di hadapan mejanya.

Elia tidak segera membalas. Dia berfikir sejenak.

‘Mengapa ingatan itu datang semula bila aku sudah boleh bawa diri jauh ke depan dan hampir lupakan semuanya. Kenapa sekarang?’ getusnya sendiri dalam hati.

Mulanya, dia memang tidak berniat untuk terlelap sewaktu kelas bahasa inggeris tadi, tapi entah mengapa, matanya menjadi berat dan layu semacam. Barangkali kerana malam tadi dia tidak menyambung tidur dan lebih rela bersengkang mata daripada mimpikan benda yang sama-mengerikan pula itu.

“Elia?” tegur satu suara. Pantas Elia berpaling ke sisi.

Seorang pelajar lelaki berwajah putih mulus serta bersih, dengan ukiran bentuk muka model Indonesia yang semakin naik namanya, Alvin, serta tinggi lampai sedang berdiri di sisi Elia sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Siapa dia? Dia kenal aku,kah?

Elia merenung ke arah tag nama pelajar lelaki- Azrief Fadhlan. Serasanya seperti baru pertama kali wajah itu muncul di hadapannya dan baru pertama kali dia mendengar nama itu.

“Kau dah kenapa, berkerut semacam? Jom Rief, kita gerak tinggal minah blur blur jeli ni kebulur.” Edrus merangkul bahu Azrief kemudian memaksa Azrief membuntuti langkahnya. Sempat Azrief menoleh sekilas ke belakang ke arah Elia.

Elia makin bingung. Malas mahu berfikir lebih panjang yang hanya akan membuat kepalanya terasa berat, Elia bingkas menolak kerusinya ke belakang dan berdiri. Kemudiannya dia ikut gerak langkah Edrus dan Azrief ke kantin.
                                                            <3

Mereka bertiga berkumpul di atas bahagian bangunan makmal yang tidak berbumbung. Masing-masing duduk bersila sambil mulut mengunyah makanan. Elia yang sedar dirinya dari tadi diperhatikan oleh Azrief buat-buat tidak berperasaan sambil terus mengunyah sandwich.

“Jom ponteng nak guys?”

Elia hampir tersedak mendengar cadangan tak bermoral dari mulut Edrus. Azrief bertindak balas dengan segera menyuakan sebotol air mineral kepada Elia. Gadis itu tidak menolak walaupun menaruh seribu wasangka terhadap lelaki itu.

Azrief menoleh ke arah Edrus yang duduk bersebelahan dengannya. “Kau gila? Kau nak skip kelas Dr Rahman pun, agak-agak lah ajak Elia sekali.”

Elia mengunci mulut. Dia tidak minta untuk dipertahankan sebegitu rupa. Tidak terdetik pun.

Edrus menarik muncung. “Alah, Elia dah biasa sebenarnya. Kan, Elia?” dia memincingkan matanya apabila matanya bertembung dengan mata Elia yang sepet seakan anak cina bukit.

Malas bertekak panjang, Elia sekadar menggumam dan mengiyakan.

“Tengok! Betul tak apa aku cakapkan.” Edrus bersorak keriangan. “So, ke mana kita?” dia memandang ke arah Azrief dan Elia.

Azrief diam, seakan menanti jawapan keluar dari mulut Elia.

Tak tahan dengan panahan mata Azrief, Elia membuka buah pandangan. “KL Gateaway? Situ ada rooftop, boleh lah kalau kau orang nak acah runaway kat KLCC.” Ujarnya sambil menolak botol mineral tadi perlahan-lahan ke arah Azrief. Mata lelaki itu masih tidak renggang dari meniliknya.

“Yeay, let’s go guys. Sebelum rehat habis and cikgu perasan kita. Jom!”

Maka, mereka bertiga pun keluar dan bersetuju dengan cadangan tidak berdisplin dari Edrus ke PJ.

Sepanjang perjalanan mereka menaiki LRT ke stesen PJ, Elia bagaikan tidak senang duduk apabila Azrief seakan sengaja mendekatinya dengan panahan mata romeo kota. Eh please lah!

Nak berselindung di sebalik tubuh tegap Edrus pun macam tak berguna sebabnya Edrus bukannya protective mana, bahkan kuat menganjing. Karang tak pasal-pasal dia dicop minah gedik lagi perasan kat tempat public ni. Dah la masih beruniform. Rasa menyesal pun ada ni.

Sesampainya mereka di stesen, Edrus awal-awal lagi sudah membolos dirinya keluar dari isi perut LRT, meninggalkan dia di belakang. Tiba-tiba, pergelangan tangannya terasa seperti ditarik seseorang. Azrief?! What?

“Ish.” Dengus Elia sambil menarik semula tangannya ke sisi apabila mereka berdua sudah jejak kaki di atas lantai stesen yang berjubin kosong dan memeluk tubuh tanda tidak puas hati dirinya diperlakukan seperti anak kecil.

Azrief sekadar mengulas senyum yang boleh mencairkan hati pelajar perempuan di sekolah mereka tetapi tidak dengan Elia yang punya prinsip demi melindungi dirinya. Pengalaman membentuk dirinya hari ini.

“Marah?” soal Azrief dengan nada lembut. Mereka berdua berdiri di tepi tiang yang tidak dilalui orang ramai. Elia masih mencuka sambil di dalam hati berdoa agar Edrus segera muncul selamatkan keadaan. Dia sendiri terlalu bengong untuk keluar dari tersepit apabila dengan lelaki. Edrus ni ke mana pulak, ish.

“Hihih.”

Tegak bulu roma Elia mendengar ketawa halus yang keluar dari mulut Azrief. Terus riaknya berubah dan matanya bertembung dengan mata milik Azrief.

Dia turn mode creepy sebab aku marah dia ke?

Masa dan waktu seakan berhenti. Manusia yang tadinya lalu lalang kini kelihatan seperti tidak bergerak. Hanya dia dan Azrief yang masih bernafas dengan nada seirama diikuti dengan detak jantung yang berdegup kuat.

Elia menggenggam penumbuk di sisi. Terasa seperti peluh kecil mula merinik di bahagian belakang leher dan atas dahi.

“Awak tak ingat saya, Elia? Macam mana awak boleh lupakan saya, sedangkan saya setia menanti awak setiap hari.” Ujar Azrief penuh misteri.

“Siapa awak? Kita tak pernah....” kata-kata Elia terhenti di situ. Seakan dia teringatkan sesuatu yang tidak sepatutnya dia hilangkan dari ingatan. Perlahan-lahan penumbuk di sisinya dileraikan. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

“Azrief?” nama lelaki itu meniti dibibir sambil wajah Azrief yang tersenyum tetapi kelihatan suram itu menjadi santapan matanya. Bagaikan senyumannya itu hanyalah rekaan semata demi seorang Elia.

“Lama kita tak berjumpa. Sayang, awak tak kenal saya dah. Saya seorang saja yang teringatkan awak siang dan malam.” Ujar Azrief lemah. Matanya bergenang.

Segera Elia menarik tangan Azrief sebelum lelaki itu beredar. “Saya tak pernah lupakan awak, Azrief.”

Lama Azrief berdiam sebelum dia menarik segaris senyum. Saat itu, Elia sangkakan Azrief sudah memaafkan dia. “Awak pasti?”

“Eh, what?” soal Elia kebingunan. Lama dia berfikir kemudian dengan riak menyesal dia memujuk, “Dah bertahun kita tak jumpa. Awak dah berubah, tinggi dan rupa awak semuanya lain. Macam mana saya nak cam awak?”

“Habis tu, awak? Awak tak berubah lah? Awak tak terfikir ke, macam mana saya boleh kenal dan ingat awak? Saya rasa macam saya sorang je yang terseksa rindukan awak selama hari ni, Elia.”

Matanya yang redup merenung ke dalam anak mata Elia. Seakan cuba menyembunyikan rasa rindu di sebalik kecewa.

“Awak silap. Kalau setiap hari awak terseksa sebab rindu, saya pun rasa benda yang sama. Setiap malam sebelum tidur, saya menangis dan berdoa supaya awak muncul bila saya bangun. Paling tidak, biar saya jumpa awak dalam mimpi. Tapi, awak tak muncul-muncul.

Ujar Elia menahan sebak.

Ibu saya, masa dan kepentingan peribadi setiap hari cuba mematahkan impian saya dari berjumpa awak. Saya kemurungan, tak ada kawan, dan rasa macam sampah bila sampai satu tahap. Rasa rindu tu meluak-luak, tapi awak tetap tak ada. Awak yang pergi tanpa sebarang pesanan, dan saya tak sempat tahan awak hari tu. Kalau harini dan kali ini, biarpun awak kata awak nak pergi, cubalah. Tapi saya akan halang awak. Pertahankan awak. Sebab, saya sayangkan awak.”

Saya sayangkan awak. Sebab. Saya. Sayangkan. Awak.

Azrief hilang kata-kata. Lama juga sebelum dia mengukir senyum ikhlas. Dadanya kini terasa lapang.

“Saya pun.” Ujarnya perlahan dan masih tersenyum.

Dring!

Masa kembali berdetik. Manusia juga kini bergerak langkah pergi dan balik. Elia dan Azrief masih setia di posisi sama. Masing-masing terasa cukup bahagia.

“Elia!” jerit seseorang. Mereka berdua menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan Edrus seperti sudah lama memerhati. Riaknya bengang dan merah padam wajahnya. Ada jernih mutiara seperti menunggu masa untuk tumpah di mata dia.

“Edrus? Kenapa dengan kau ni?” Elia berjalan mendekati Edrus dengan tangan masih berkunci dengan tangan Azrief.

Anak mata Edrus jatuh ke tangan mereka yang saling berpegangan.

“Aku suka dekat kau, Elia. Sampai hati kau.” Aku Edrus tanpa segan silu. Dia bertindak seperti bukan seorang Edrus yang Elia kenal. “Kau, Rief! Siapa kau nak bersayang-sayang dengan Elia aku?” dia menujah tubuh Azrief ke belakang sehingga pegangan lelaki itu dengan Elia terlerai.

“Kau suka dia, Ed?” soal Azrief dengan riak tak percaya.

“Yes I am.” Balas Edrus.

“Habis tu, kenapa kau buli dia selama ni? Kau aku tengok langsung tak cuba protect dia. Kenapa baru sekarang kau nak luahkan perasaan kau dekat dia? hah, Ed, kenapa?” Azrief provoke dia bertubi-tubi tanpa sempat dia berfikir panjang.

Edrus mengetap rahangnya. “Sebab Elia tak pernah bukak mata dia untuk aku. Sebelum kau datang, macam-macam aku buat tapi dia tak pernah nampak. Kan Elia?” dia berpusing menghadap Elia yang serba tak kena.

“Ed-Edrus, aku anggap kau kawan. Kau pun tahu, kan?” ujar Elia ketakutan.

Edrus senyum sinis. “Tak, aku tak tahu. Aku anggap kau lebih dari tu. Kau je yang pandang aku sebelah mata sebab aku budak masalah, kan?”

 Elia tergamam seketika. “Tak betul tu, Ed! Aku tak pernah anggap kau macam tu. Kau tahu ke isi hati aku? Sumpah Ed, aku sayang kau tapi sebagai kawan.”

“Kawan? Kau friend-zone aku, Elia?” Edrus bersuara dalam sebelum dia mendekati Azrief semula. “Daripada kena friendzone, baik mati. Tapi, aku akan bawak Azrief sekali. Biar dua-dua tak dapat kau.” Dia segera menarik tangan Azrief yang sudah meronta-ronta minta dilepaskan.

Mati? Tidak! Tidak buat kali kedua! Elia pandang sekeliling. Dia mahu meminta pertolongan tapi stesen sudah sunyi dari orang ramai. Yang ada hanya mereka bertiga.

Perasaan aneh itu datang menyinggah. Namun tak mampu mengaburi keresahan yang dia rasa sekarang.

Gegendang telinganya menangkap bunyi deruan LRT yang menuju stesen itu. Sepantas kilat, dia menoleh ke arah Edrus dan Azrief. Edrus menarik tangan Azrief dengan gila menuju landasan tren.

“Tolong, Elia!” jerit Azrief meminta pertolongan.

Sayang, walau Elia cuba berlari sepantas mungkin menuju mereka berdua, seakan ada lohong masa yang memegang kakinya secara kejap, menyebabkan pergerakannya lambat.

LRT semakin menghampiri. Dalam beberapa saat sahaja lagi, kalau dia tidak sempat menarik mereka berdua dari terhumban, maka habislah segalanya.

Sungguh, masa seakan cemburu dan takdir mereka bagaikan akan terputus di situ. Mata Elia yang bergenang bertembung dengan mata Azrief yang turut berkaca.

“Elia, semoga kita berjumpa lagi.”

Suara Azrief sayup-sayup kedengaran di telinganya meresap jauh ke dalam sanubari sebelum tubuh lelaki itu dan Edrus disambar LRT yang bergerak laju.

Sretttttt. ZZup.

Elia yang tidak percaya dan tidak mahu percaya terus duduk melutut. Matanya yang terbuka luas kini banjir dengan air mata dan tanpa boleh ditahan, ianya laju mencurah. Mulutnya ternganga luas.
Apakah ini, ya Tuhan? Suatu mimpi ngeri ataupun realiti?

Kalau mimpi ngeri, sedarkan aku ya Tuhan. Pedihnya kali ini terasa seperti tidak akan terubat.

Sedar realiti kini bukan sekadar mimpi, Elia gagahkan kakinya untuk pulang. Dia mahu membuat laporan polis dan menangis di bahu ibu semahu-mahunya. Tidak mengambil jalan pulang menggunakan LRT, dia bertindak untuk berjalan kaki. Langkahnya terlalu lemah kerana di dalam kepala hanya ada sebuah penyesalan.

Azrief. Nama dia, aroma dia, senyuman dia, suara dia. Elia sudah mula rasa terseksa kembali seperti dulu. Segalanya tentang Azrief amat sukar untuk dilupakan.

                                                            <3

Nadia perhatikan sahaja tingkah Elia yang seperti tidak bernyawa sejak beberapa hari ini. Sejak anak gadisnya itu pulang dari sekolah tiga hari lalu, Elia di matanya seperti sedang meratapi sesuatu. Makanan langsung tidak bersentuh dan berhari-hari, dari pagi ke malam hanya di dalam bilik. Perit rasanya naluri seorang ibu melihat anaknya seperti orang sakit itu.

Tup.

Nadia memasukkan sebiji pil ke dalam mug yang berisi teh herba lalu dia melangkah perlahan ke bilik Elia. Pintu ditolak dan Elia masih lagi sedang duduk di hujung katil dengan wajah pucat lesi.

Mug seramik warna putih itu diletakkan ke atas mini wardrobe sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Elia. “Elia, esok kita pergi jumpa doktor. What say you, hm?”

Elia sekadar mengetap rahangnya.

Nadia mengeluarkan satu keluhan kecil. “Please dear, say something? Jangan buat ibu risau macam ni.” Dia memegang wajah Elia dengan tapak tangannya.

“I’m..not..crazy.” ujar Elia lemah. Perlahan-lahan dia mengangkat anak matanya terus ke mata Nadia. “Azrief? Did you manage to lodge report about the incident? Like.. I told you?”

Nadia mengatup kelopak matanya rapat-rapat sambil menelan liur yang terasa seperti pasir. “Elia, it was just...” kata-katanya terhenti. “Uh, okay nvm, yeah I did as what you told me to do. Now, forget about him.”

“Aaa... Forget? Even..?” lirih Elia menyoal.

Ding!

“Oh, wait Elia. Ibu rasa your aunty dah sampai. Ibu already make your tea and make sure you drink it. Even a bit, okay?” Nadia bingkas berjalan keluar dari bilik setelah menghabiskan ayatnya tanpa menunggu Elia untuk menjawab.

‘Even ibu pun ada time tu? Was it just a nightmare, again?’ Elia sekadar mampu menyoal sendiri.

-
Nadia membantu Nurina yang sedang terkial-kial menanggal jaket denim dari badan.

“How was she?” soal Nurina sambil duduk menyilang kaki di atas sofa.

Nadia sekali lagi mengeluh disertakan segaris senyuman kelat.

“Macam tulah.” Balasnya.

“Kena possess kut?” Nurina berteka sendiri.

Nadia mengangkat wajahnya dari tertunduk lemah apabila mendengar perkataan ‘dirasuk’, bahasa melayu possess, yang keluar dari mulut kakaknya itu.

Lama juga dia terkesima sebelum melontarkan soalan yang bermain di kepala. “Dengan roh mana pulak?” hujung dressnya digenggam erat.

Nurina yang mendengar soalan itu tersenyum sinis seketika. “You know who.”

Kali ini, wajah Nadia benar-benar kelihatan serba tidak kena dan berpeluh-peluh. Buat kesekian kalinya, dia menelan liur. “But, it was a long time ago. Takkan lah, hahaha..” dia ketawa yang dibuat-buat.

“Kau tak rasa ke masa silam kau seolah-olah sedang memakan diri kau?” Nurina bersuara misteri.

“What? Maksud kau, diorang berdendam?” wajah Nurina dipandangnya. Tubuhnya sudah terketar-ketar. “Eh, apa maksud kau masa silam aku? Kau yang suruh aku bunuh diorang. Aku hanya ikut arahan kau je.”

Melopong Nurina mendengar tujahan adiknya yang satu itu. “Hei, aku bagi idea je and all I said was, get rid of them. Aku bergurau je at that time but tak sangka pulak kau would take it seriously.”

Nadia yang stress, meraup wajahnya dengan rasa kesal dan takut yang sedang menghantuinya. “Wait. So, kalau betul roh diorang yang kacau hidup Elia, which one of them would be? Hah?”

Nurina berfikir-fikir sejenak. “I’m not sure. Boleh jadi antara Aira atau anak dia. Apa nama anak dia eh, aku lupa.”

“Azrief.”

“Hah, yes Azrief.”

Masa silam itu merupakan sembilan tahun lalu, ketika Elia masih berumur lapan tahun. Elia merupakan anak yang terhasil dari perkahwinan kedua Hazry dengan Nadia. Mereka berjaya mengikat tali perkahwinan setelah puas Nadia memaksa Hazry untuk mendapatkan persetujuan Aira, isteri pertama Hazry. Mereka berkahwin pun kerana terlanjur. Setahun selepas mereka berkahwin, Elia hadir menyerikan rumahtangga mereka. Ketika itu, anak Aira dan Hazry sudah berusia setahun.

Namun, Nadia ketika itu menyimpan rasa dengki terhadap Aira yang dilebihkan oleh Hazry dari segi kasih sayang. Hampir setiap hari Hazry meluangkan masa bersama keluarga pertamanya itu. Sedangkan apabila Hazry bersamanya, pasti mereka akan bertekak. Hazry mengungkit kisah dosa mereka yang akhirnya menyebabkan Hazry terpaksa menduakan Aira.

Nadia yang terdesak segera mengadu hal rumahtangganya kepada Nurina. Ketika itulah Nurina memberi idea untuk menghapuskan Aira dari hidup Hazry dalam nada bergurau. Sedang di dalam kepala Nadia, dia sudah merancang untuk betul-betul hapuskan Aira.

Malangnya sebelum sempat dia bertindak, Hazry terlibat dalam sebuah kemalangan yang melibatkan insiden tanah runtuh ketika Hazry mahu bergegas pulang dari tempat kursus ke rumah Aira bagi menyambut ulang tahun Azrief bersama-sama.

Dalam tempoh seminggu juga, Nadia meratapi dan berkabung atas kematian suaminya walaupun hari-hari suami isteri mereka tidaklah indah mana. Dalam hatinya, penuh dengan dendam kesumat terhadap si Aira yang dianggap sebagai punca Hazry terlibat dalam kemalangan itu.

Tak lama selepas itu, dia pergi ke rumah Aira dengan lagak mahu melawat, tanpa sedar yang ajalnya akan tiba hari itu. Akhirnya Aira mati di tangan Nadia akibat terminum minuman bancuhan Nadia yang bercampur dengan racun. Dia mulanya tak terfikir pun mahu membunuh Azrief yang sudah berkawan rapat dengan Elia. Namun niatnya berubah apabila Azrief pulang dari sekolah ketika dia sedang menyelimutkan mayat Aira di bilik. Pastinya dia tak mahu ke penjara. Jadi dia pura-pura mengajak Azrief untuk ikutnya ke rumah dia sebentar dengan beria-ria.

Sehinggalah mereka ke sebuah cerun di kawasan perumahan Aira, tangan Azrief yang ketika itu berusia 10 tahun(setahun tua dari Elia) ditarik kasar lalu tubuh kanak-kanak lelaki itu ditolak jatuh ke bawah bukit yang tinggi itu. Sempat Azrief menangis, meminta belas ihsan dari Nadia namun tidak diendahkan.

“Ibu Nadia! Jangan biarkan Arief jatuh! Kasihankan lah Arief, ibu nadia!”

Nadia membekukan hatinya lalu dibiarkan kanak-kanak itu mati jatuh dari tempat yang tinggi dalam hujan lebat mencurah-curah.

“Apa?”

Saat itu, kedua-dua Nadia dan Nurina terkejut dengan kehadiran Elia yang baru keluar dari bilik. Masing-masing kelu lidah mereka.
                                                            <3

Elia melangkah setapak demi setapak dengan kudrat yang masih bersisa. Langkahnya terlampau lemah sehingga dia hampir tersungkur, namun digagahkan jua.

Dum dum.

Terasa titik air hujan jatuh menyentuh hidungnya. Segera Elia cuba menyedarkan dirinya dan mempercepatkan langkah. Dia terhenti di sebuah kawasan perumahan yang kelihatan usang dan old-school lalu bertindak untuk berteduh seketika di situ.

Entah mengapa kawasan perumahan itu seperti sebuah tempat yang suatu ketika dahulu menjadi tempat bermainnya. Familiar.

Tanpa berlengah kerana hujan sudah mula turun dengan lebat, dia berlari menuju sebuah rumah. Dia tumpang berteduh di luar kerana kelihatan rumah yang dia duduk itu seperti tidak berpenghuni. Mungkin keluar agaknya, tebak dia sendiri.

Tiba-tiba, sebuah kereta perodua Kelisa datang meluncur masuk ke kawasan itu dan berhenti di hadapan sebuah rumah bersebelahan rumah yang Elia berteduh. Mata Elia jadi buntang apabila melihat susuk yang keluar dari perut kereta itu merupakan wanita yang amat dia kenali. Ibunya, Nadia!

Diasak dengan segala pertanyaan, dia segera bangkit dan berjalan menuju ke arah Nadia setelah panggilannya diendahkan. Namun sedang dia berlari mendapatkan Nadia, kilat sambar-menyambar dengan kuat sekali sehingga menyebabkan Elia tersembam ke atas tanah kerana terkejut lalu tidak sedarkan diri. Perkara terakhir yang dia nampak adalah sepasang kaki kecil yang tersarung kasut sekolah warna putih, berjalan melintasinya. Seolah-olah, kehadiran dia tidak wujud di situ.
-

“Jadi,... wait, ibu dengan aunty cakap apa tadi?” soalnya dengan riak terkejut.

Nadia bangkit dari tempat duduk lalu pergi mendapatkan Elia yang kebingunan.

“Ohh, ibu tengah sembang pasal Elia la. Aunty, errr, dia tahu satu tempat berubat yang efisyen. Dia ajak kita pergi sana esok.” Dia memegang kedua-dua bahu Elia.

“No. Elia dengar. You both mentioned nama Azrief. Siapa bunuh siapa? Siapa...kejap.” Elia terhenti dengan fikiran yang sudah bercatu-catu selirat. Anak matanya bergetar kegelisahan. Hatinya tidak sedap. Dia sedang menafikan sesuatu.

Azrief merupakan kawan dan cinta pertama zaman kanak-kanaknya. Azrief meninggal pada hari yang sama mama Aira meninggal dunia. Elia dikhabarkan bahawa Aira dan Azrief sudah meninggal oleh Nadia yang baru pulang melawat mereka. Tiba-tiba memori dia berteduh di sebuah rumah usang itu kembali menyinggah. Rumah itu, ya, rumah itu merupakan kediaman Azrief sekeluarga. Jadi, tidak salahlah apa yang dia nampak hari itu. Susuk Nadia bergegas ke dalam rumah Aira yang mengundang rasa curiga dalam dirinya selama ini!

Elia mengangkat wajahnya memandang wajah Nadia yang jelas kerisauan.

“Did you kill them?” tanpa sebarang ragu-ragu lagi, dia melemparkan soalan itu kepada Nadia yang berdiri di hadapannya.

Nadia tersentak. “No, apa Elia ni. Did you just accuse me, Elia? Elia, I’m your mom. How could..”

“Jawablah Elia tanya. Did you?”

Nadia menggigil-gigil. “Elia! Enough is enough. Semua benda tu dah jadi, tak boleh undur balik. Yes, I killed them. So, what?” Akuinya sambil mencerlung anak mata milik Elia dengan pandangan tajam. Suaranya dalam yang ditahan-tahan.

Nurina sekadar tercegat. Dia tergamam melihat suasana tegang itu.

“So, what? Huh? Ibu, apa salah diorang? Apa dosa Azrief? You know kan, Elia dengan dia kawan rapat. How could you, ibu?” Elia bersuara lirih dengan riak masih lagi tidak percaya.

“Ahhhh, Elia can you stop bothering about them. Past is past! Jangan buat ibu marah.” Bentak Nadia dengan oktah tinggi yang tak mampu dibendung.

“Ibu, Elia could understand if you hate babah, and I could understand if you are the one who cause babah to death even the truth is you are not, because it was simply an accident. But Aira? Azrief? Kenapa ibu bunuh diorang sedangkan yang sepatutnya mati di tangan ibu is babah!”

Pang!

Pipi Elia yang tadinya pucat tidak berderah kini kemerahan akibat ditampar Nadia.

“You make me serabutlah, Elia! Ibu penat-penat besarkan kau, last-last nama diorang jugak kau sebut-sebut sampai termimpi-mimpi segala. Kan dah makan penampar aku. Aku sayangkan babah kau, and Aira tu pengacau hubungan aku dengan babah. Sebab tu yang mati kat tangan aku bukan babah kau, tapi diorang.”

Jatuh air mata seorang Elia apabila mendengar pengakuan sekeji itu dari mulut seorang yang selama ini dia percaya serta sayang. Terasa dirinya dikhianati.


“Mimpi tu datang tak diundang. Every night, every moment I fell into sleep, it just appear to serve my dreams and keep trying to tell me something. Elia ketakutan, suffocate to the extent I can die but all you said was just ‘it just a bad dream, nothing’ and tak habis-habis dengan idea berubat. No wonder! Because ibu takut rahsia ibu terbongkar rupanya. How selfish!” kelihatan dada Elia berombak. “Mimpi yang sama datang and the same trauma keep haunting me. I want you to know, that I loved Azrief to the death that looked at him dying in every dreams of mine, buatkan Elia rasa nak bunuh diri!”

Nurina berkira-kira sambil telefon bimbitnya sudah di tangan. Nombor kecemasan didail, bersedia dengan kemungkinan yang buruk.

“Hahahaha! Sekalipun budak tu hidup, kau dengan dia tetap tak boleh bersama sebab kau dengan dia , adik beradik tiri! Hahaha, but hmm nvm, why not you just kill me? End of the story.” Balas Nadia yang kedengaran sudah tidak siuman.

“Hei, Nadia! Don’t go overboard!” tingkah Nurina dari posisinya.

Elia terkedu seketika. Air mata masih lagi tumpah. “What?”

Nadia kini berjalan ke depan merapati tubuh anaknya, memaksa Elia terundur ke belakang. “Kau cakap, kau cintakan sangat budak yang dah mampus tu kan? Apa kata kau bunuh aku macam mana aku bunuh diorang demi cinta.” Bisik Nadia.

“Ibu!...” lemah Elia memanggil namanya, cuba menyedarkan Nadia dari terus dihantui dengan rasa bersalah dan marah.

“What? Ke kau nak aku yang bunuh kau? Boleh lah kau jumpa budak tu dengan mak dia yang tak guna tu!” tangan Nadia sudah naik ke leher Elia tanpa Elia sedar akan pergerakan itu dan mencekiknya.

“Ibu! Erkk!..” tersekat-sekat suara Elia sambil tangannya cuba meleraikan cekikan Nadia. Namun setelah tidak berjaya, dia berusaha untuk menggerakkan kakinya dan berpusing tubuh. Nadia juga tidak berputus asa dari terus bergelut.

Gila! Nadia sudah gila dalam sekelip mata. Kerana dosa lampaunya.

Setelah berusaha, akhirnya Elia berjaya meleraikan jemari Nadia dari terus mencekiknya. Matanya meliar mencari figura Nurina bagi meminta pertolongan namun ibu saudaranya itu sudah tiada di situ. Lalu, dia mencari tempat perlindungan di dalam bilik dan segera mengunci pintu.

Dum dum dum!

Nadia cuba menolak pintu itu menggunakan tubuhnya dengan kasar namun gagal.
Elia sudah menggigil, tidak keruan kerana tidak tahu bagaimana untuk keluar dari kekusutan itu. Dia bersandar di pintu sambil kukunya digigit-gigit.

Tiba-tiba kedengaran seperti tombol pintunua dipulas dari luar. Segera dia berundur ke bahagian katil. Nadia menjengah masuk bersama sebilah pisau pemotong sayur di tangan. Gigi Elia sudah berlaga-laga. Dalam hati, dia sudah mengucap panjang. Saat itu, dia redha andai dia mati di tangan Nadia. Dia juga sanggup memaafkan Nadia atas perbuatan terkutuk Nadia, sama ada di masa lalu ataupun sekarang.

“Elia... Hahahah Elia takut dengan ibu, hahaha.” Nadia menyeringai sendiri. Langkahnya semakin dekat dengan Elia yang sudah pasrah bersama pisau yang teracu.

If this is the end, then nothing that I can do. It is not that I did not fight, indeed I did. It just God destined it has to be this way. This is the end.

“Freeze! G3, G4 surround her!”

Bagaikan baru terlepas dari ditekup sehingga lemas, aturan nafas Elia lebih lancar apabila skuad polis menyerbu masuk ke dalam rumah mereka. Nadia yang diberkas anggota polis segera meronta-ronta, minta dilepaskan.

“I love you, Elia. I’m sorry.” Ujar Nadia sayup-sayup sebelum disumbat masuk ke dalam perut kereta berkawal polis tersebut.

Ekor mata Elia memerhatikan sahaja bayangan kereta-kereta skuad polis tadi hilang dari pandangan. Dengan tubir mata yang masih basah, Elia menyebut-nyebut nama Nadia dengan sebak. “Me too, I love you too, ibu. May you found peace in there.”
                                                            <3

Seminggu kemudian,

Elia masih lagi di muka surat 87 buku teks kimia ketika semua orang sudah bergerak keluar ke kantin. Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya, dia berhenti membaca dan segera membuang pandangan ke luar tingkap memandangkan tempat duduknya bersebelahan dengan tingkap.

Cahaya mentari menyinar kawasan persekolahan mereka dan cerahnya sinar itu memancar masuk ke dalam kelas darjah mereka. Elia memerhati sahaja beberapa orang pelajar lelaki sedang menjalani kelas EP-bola sepak di padang sekolah.

Beberapa hari yang lalu sebelum rahsia Nadia terbongkar, Elia tertidur sewaktu sesi p&p akibat terlalu mengantuk. Dia kemudiannya dikatakan meracau-racau dan cuba melakukan aksi tarik menarik tangan dengan seorang pelajar bernama Arief dan Edrus. Satu sekolah kecoh perihal dia pada hari itu.

Rupanya ketika itulah dia termimpikan Edrus dan Azrief mati di trek LRT.

Elia hanyut seketika dengan memorinya sebelum disapa seseorang.

Sebungkus burger ayam diletakkan di atas mejanya oleh Edrus. Terus Elia tersedar lalu berpusing menghadap Edrus.

“Jangan fikir banyak sangat. Kita ni still student. Jadi kena utamakan perut, jangan biar kosong. Nanti, lapar hah terjejas fokus.” Ujar Edrus sambil menarik kerusi duduk bersemeja dengan Elia yang masih tergamam.

Tingkah Edrus diperhatikan sahaja tanpa sebarang kata lalu Elia tersenyum tiba-tiba.

“Apa kau pandang aku camtu?” soal Edrus sedar dirinya diperhatikan.

“Nothing.” Jawab Elia selamba dengan nada senang. Perlahan-lahan dia membuka balutan plastik burger miliknya.

“Kau suka aku eh, Edrus?” soal Elia tanpa tapis tiba-tiba sambil tersenyum.

“Uh, err, what?” pipi Edrus merah-merah.
  -

Yang mati tetap mati. Tapi yang pasti dan lebih melegakan adalah, Elia kini lebih fokus dengan masa sekarang dan tak perlu takut bagaikan ada sesuatu misteri yang mengikat kakinya.

Dia tersenyum sambil matanya menangkap figura Edrus yang berjalan kearah dia dengan tiket movie di tangan dilambai-lambai.

---

Magika mimpi mempunyai tiga bahagian. 3 bahagian ya, bukan 3 siri or sekuel. Mimpi Elia merupakan yang pertama.

Mimpi Elia adalah sebuah cerita mimpi seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Elia. Mimpi yang menghantuinya setiap kali dia terlelap bukanlah sekadar mainan tidur. Mimpinya terkandung sejarah silam manusia dan akhirnya mimpi itu juga mengembalikan sebuah memori yang sudah lama dia hilangkan.

Watak Edrus adalah seorang, bermakna watak bernama Edrus yang terselit di tgh dan hujung cerita bukannya dua tetapi merupakan orang yg sama. Dia cuma seperti cameo yang muncul dalam mimpi Elia.

Bahagian ke dua dan ke tiga, coming soon. Insya Allah, doakan!

Bahagian 2 : Lachecisma

-End-


Comments

  1. It's interesting, yes it is! Tapi tak habis baca lagi sebab mengantuk sangat, esok kite datang lagi sambung baca dan komen. Hehe.. Nanite! ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww how sweet. Anyway thanks for spending ur time for reading. Goodnite!

      Delete
    2. Errr maksudnya Edrus last sekali Edrus lain lah ye? Hahaha pening pulak tetibe nama sama. Bestnya! Keep writing more and more interesting short stories k. Kite suka baca! 😘💕

      Delete
    3. No, Edrus is just a single character. Heroin just kind of termimpikan dia sekali. hahaha, nak buat plot twist tahapehape. My bad and will improve that. I oso dah edit utk pt. explanation. :) Have a nice day!

      Delete
  2. Bahagian kedua saya dah publish. Selamat membaca dan sebarang komen membina amatlah dihargai. :)

    ReplyDelete
  3. Pandainya buat. Iceland. Ada potensi ni

    ReplyDelete
  4. woww nice story. Im enjoy it myself. Kopi kat sebelah ni pon da sejuk dek leka bace ceretha ni. Thumbs up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for reading! rly appreciate it :)

      Delete

Post a Comment